sEumUR HidUP RM1o ShJ."JIMAT SAMPAI MATI"

Tuesday, August 24, 2010

INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ?



salam Maxoilers semua..dah nok msk bulan kmerdekaan ke 53 thn ni..kdg2 kite tlupe ssh sng org dulu2 kn nok merdekakn negara ni..sbg anak mude kite r yg perlu myambg pjuangn mereka(ayat cikgu sejaroh mase from5 dlu).jgn nok wat rileks je..ni hambe nok wi sajak se kepada semua awok2 maxoilers seme....MERDEKA 3X

Hatta,
setelah terjajah selama 40 dekad
setelah maruah dicalit penjajah
setelah hasil bumi dikaut pergi
dan setelah segalanya terasa rugi
baru kalian bangkit bersemangat…

Maka,
kini kau telah merdeka
kini kau telah mengecapi nikmatnya
kini kau telah sedar
dan kini kau tahu siapa kawan
siapa lawan …

Namun,
apalah ertinya merdeka
kalau kau tidak tahu mensyukurinya
apalah ertinya merdeka
kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah
dan apalah ertinya merdeka
kalau kau masih tidak mahu berubah
tidak pun menjunjung kasih
jauh sekali mengenang budi.

Sesungguhnya,
biarpun masa berlalu pergi
masih ada esok untuk mencuba lagi
masih ada ruang untuk muhasabah diri
dan masih ada tempat untuk berdiri.

Pokoknya,
tanyalah diri
apalah ertinya merdeka
kalau hidup asyik bertekak
kalau hidup asyik bertuding jari
dan kalau hidup bagai musafir
yang masih tidak tahu arah berpergian
yang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlah
tanpa ilmu
hatta teknologi

mahupun jati diri
dan hanya tahu beretorik …
tidak mustahil kita
bakal dijajah lagi.

No comments:

Post a Comment