sEumUR HidUP RM1o ShJ."JIMAT SAMPAI MATI"

Sunday, August 7, 2011

pRoMosI BuLaN oGOS...CePaT


TAWARAN TERHAD! KUNJUNGI PUSAT JUALAN MAXOIL ANDA SEKARANG.

sape2 yg blom ade kad diskaun maxoil cpt2 dapatkan arini..RM 10 sahaja seumur hidup !!

Untuk dapatkan Kad Dikaun emel atau sms saya seperti berikut ;

Nama,No IC,No Tel,Alamat:

Daftar sekarang emel sini :
www.mohdariftrg@yahoo.com.my
call/sms : 017-4596869(arif)

Saturday, July 16, 2011

JAWATAN KOSONG


Ejen Jualan Maxoil Terengganu diperlukan SEGERA..

KELEBIHAN:
- Gaji rm300-rm2900 (basic termasuk elaun)
- Elaun Tetap setiap bulan (bagi yg layak)
- Latihan disediakan
- Percutian Percuma dalam & luar negara (bagi yg layak)

KELAYAKAN :
- Minimum SPM (Dip & Degree blh apply)
- Umur 18 - 29 tahun (Lelaki & Perempuan)
- Perwatakan menarik dan kemas
- Mempunyai Kemahiran Komunikasi & PR yg Baik
- Peramah dan suka berjumpa orang (client)
- Bertanggungjawab dan jujur
- Bersemangat dalam mencapai Sasaran yg ditetapkan
- Passion dalam bidang jualan (diutamakan)
- Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu

Diperlukan segera utk kawasan TERENGGANU

Lokasi kerja : Kawasan KUALA TERENGGANU

SMS ke 017-4596869
Anda akan dipanggil untuk interview

Tuesday, June 28, 2011




TAWARAN TERHAD! KUNJUNGI PUSAT JUALAN MAXOIL ANDA SEKARANG.

sape2 yg blom ade kad diskaun maxoil cpt2 dapatkan arini..RM 10 sahaja seumur hidup !!

Untuk dapatkan Kad Dikaun emel atau sms saya seperti berikut ;

Nama,No IC,No Tel,Alamat:

Daftar sekarang emel sini :
www.mohdariftrg@yahoo.com.my
call/sms : 017-4596869(arif)

Monday, May 9, 2011

Harga petrol Malaysia mahal?


Oleh ABU ZAYD SHAMSUL
Penulis ialah eksekutif di syarikat konglomerat.

JIKA dibandingkan dengan tujuh buah negara jiran di Asia Tenggara, harga petrol di Malaysia ialah yang kedua termurah. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (S$2.12) seliter bagi RON 95, diikuti Thailand (RM3.91), Filipina (RM3.90), Indonesia (RM3.18), Vietnam (RM3.14) dan yang paling murah ialah Brunei (RM1.28 untuk RON 97).

Sesetengah orang tidak suka menukar harga-harga petrol negara jiran kepada mata wang ringgit untuk tujuan perbandingan. Namun begitu, walaupun mata wang tidak ditukar, harga petrol di Malaysia masih juga antara yang termurah.

Sebagai contoh, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan S$3,000 sebulan masih perlu membayar S$2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

Bagaimanapun, harga petrol di Malaysia tidaklah semurah di Brunei kerana negara berkenaan mampu memberikan subsidi yang lebih untuk petrol. Tidak seperti Malaysia, hampir keseluruhan pendapatan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei juga memiliki populasi kecil yang tidak sampai pun jumlah populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000. Malaysia sebaliknya memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Berdasarkan data Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei ialah negara keenam terkaya di dunia, satu tangga di belakang Amerika Syarikat dalam senarai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita terbanyak.

Malaysia hanya berada pada tangga ke-60 senarai ini. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut.

Pembahagian ini penting untuk perbandingan yang lebih tepat kerana sebagai contohnya walaupun pendapatan Malaysia lebih besar daripada Brunei, jumlah penduduk Malaysia juga ialah 68 kali ganda lebih besar. Maka KDNK (PKB) adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi bagi membandingkan kebajikan per kapita dan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara.

Malaysia sememangnya ialah negara pengeluar minyak, namun ia bukanlah pengeluar yang utama. Malaysia tidak pun layak untuk menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kerana ia lebih banyak mengimport minyak untuk kegunaan sendiri daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.

Berdasarkan maklumat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia dengan jumlah pengeluaran 703,920 tong sehari. Jika dibandingkan dengan sepuluh negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol keempat termurah.

Negara yang memiliki harga termurah (RM0.82 untuk RON 97) antara sepuluh negara tersebut ialah Qatar, yang juga merupakan anggota OPEC. Ia diikuti oleh Oman (RM0.93 untuk RON 95). Kedua-dua negara tersebut memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia.

Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir (RM1.38 untuk RON 95), namun dalam mata wang Mesir harganya ialah EGP2.75. Bayangkan sekiranya rakyat Malaysia perlu membayar RM2.75 untuk petrol gred terendah di pasaran, mungkin rusuhan sebesar di Mesir pula berlaku di sini.

Malaysia tidak mampu untuk menambah subsidi bagi menurunkan harga petrol kerana berdasarkan data Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah subsidi minyak Malaysia sudah pun yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4 peratus daripada KDNK. Brunei, negara yang memiliki harga petrol terendah di Asia Tenggara pun sekadar membelanjakan 2.2 peratus sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) jauh lebih kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).

Pada November 2010, sidang kemuncak negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.

Situasi ini sudah pasti akan menggalakkan pembaziran minyak, seterusnya meningkatkan permintaan untuk bekalan yang lebih. Bayangkan apabila berjuta-juta pengguna kereta di negara terbesar di dunia menuntut bekalan minyak yang lebih, tidakkah ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia? Apabila China menaikkan harga petrol sebanyak 20 peratus pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun AS$5 setong.

Tekanan daripada G20 telah menyebabkan China mula mengambil langkah untuk mengurangkan subsidi. Harga produk-produk minyak telah diindekskan kepada harga-harga wajar minyak mentah antarabangsa pada 2008. Harga gas asli telah dinaikkan sebanyak 25 peratus pada Mei 2010, manakala tariff kuasa untuk industri intensif buruh telah dihapuskan.

Ketika kuasa ekonomi dan politik gergasi seperti China pun terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat 'kuasa-kuasa kerdil' dalam negara kononnya lebih bijak apabila menabur janji untuk mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta-merta". Apa yang lebih pelik, walaupun janji mereka ini langsung tidak berpijak di bumi nyata, berduyun-duyun orang mempercayai janji ini, termasuklah golongan terpelajar.

Lihatlah betapa mudah janji ditabur oleh pihak yang tidak perlu memikul sebarang beban tanggungjawab untuk menjaga masa hadapan negara. Inilah contoh permainan politik populisme keji yang hanya bakal menjahanamkan negara.

Wednesday, April 13, 2011

Tip Kewangan - Jangan meminjam untuk melabur


Sifat yang paling tidak baik ialah tamak kerana ia boleh menyebabkan seseorang hilang pertimbangan ketika membuat keputusan pelaburan dengan meminjam wang untuk melabur. Sifat tamak menyebabkan pelabur merasakan mereka boleh meminjam untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan dan mendapat pulangan yang lebih besar bagi membayar pinjaman asal.

Prinsip asas pelaburan menyatakan tahap pulangan terjamin yang berkekalan melebihi kadar simpanan asasi atau deposit tetap yang ditentukan oleh sistem adalah tidak masuk akal. Jangan meminjam untuk melabur. Jika anda tidak mempunyai dana yang cukup, adalah lebih baik mengumpulkan simpanan terlebih dahulu.

Walaupun anda sudah memiliki wang yang cukup, anda dinasihatkan supaya tidak melabur untuk hanya mendapat pulangan yang cepat dan tinggi. Anda perlu berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan dengan risiko yang minimum atau tiada risiko langsung.

Adalah lebih baik untuk tidak melabur dalam pelaburan berisiko tinggi melainkan anda sudah bersedia dan boleh menanggung perubahan yang besar - sesetengah pelaburan melibatkan tahap spekulasi yang tinggi dan anda mungkin tidak sanggup menghadapinya jika anda mempunyai komitmen kewangan dan tidak mampu untuk kerugian wang.

Percaya kepada nasihat pelaburan yang lemah: Jangan tertekan untuk membuat keputusan pelaburan dan sentiasa berhati-hati ketika berhadapan dengan taktik jualan agresif yang mendesak anda keputusan dan bertindak secara melulu. Kebanyakan pelabur masih gemar bergantung kepada tips untuk membuat duit.

Tips seperti maklumat dalaman mungkin tidak tepat sama sekali. Tips itu juga mungkin diperolehi daripada beberapa individu dan sekiranya anda tidak boleh menamakan sumber yang boleh dipercayai, maka terdapat elemen risiko yang besar di sini.

Walaupun anda mungkin boleh mempercayai asal usul atau sumber maklumat, namun berita yang telah menjadi buah mulut orang mungkin telah berubah atau bertukar daripada maklumat asal. Pada masa itu, mungkin sudah lewat untuk membuat keputusan atau mungkin anda memasuki pasaran apabila pelabur yang lebih sofistikated sudah pun keluar daripada pasaran.

Keputusan pelaburan yang bijak tidak sepatutnya berasaskan tips, tetapi berdasarkan analisis asas yang disediakan oleh penasihat profesional. Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang keputusan pelaburan, pertimbangkan soalan-soalan berikut:

* Adakah saya mempunyai wang yang cukup untuk kecemasan?

* Sudahkah saya membuat peruntukan bagi melindungi keluarga saya sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku?

* Apakah matlamat pelaburan saya?

* Berapa banyak wang yang ada untuk saya membuat pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang?

* Adakah saya benar-benar memahami produk yang saya labur?

* Adakah pelaburan ini sesuai dengan portfolio saya secara keseluruhan?

* Adakah saya mempunyai fleksibiliti untuk menjual pelaburan sekiranya berlaku kecemasan?

* Adakah saya benar-benar memahami risiko yang ada dan tahu tahap toleransi terhadap kerugian?

Penasihat kewangan mampu memahami keperluan kewangan anda yang spesifik dan memberi anda nasihat kewangan yang sesuai untuk menghindari isu-isu lazim yang disebutkan di atas. Mereka boleh memberi anda tips yang bernilai tentang cara menangani atau menguruskan pelaburan anda sepanjang masa.

Paling penting ialah penasihat itu perlu memahami objektif peribadi anda dalam pelaburan dan menerangkan perbezaan antara produk-produk pelaburan yang ada bagi memastikan objektif dan matlamat kewangan anda secara keseluruhan dapat dipenuhi.

(Artikel ini disumbangkan oleh Alliance Bank (M) Bhd.)

- UTUSAN

Saturday, March 26, 2011

JOM SERTAI BERSAMA-SAMA


sape2 yg blom ade kad diskaun maxoil cpt2 dapatkan arini..RM 10 sahaja seumur hidup !!

Untuk dapatkan Kad Dikaun emel atau sms saya seperti berikut ;

Nama,No IC,No Tel,Alamat:

Daftar sekarang emel sini :
www.mohdariftrg@yahoo.com.my
call/sms : 017-4596869(arif)

Saturday, February 12, 2011

BAUCAR DISKAUN 50%




BAUCAR DISKAUN 50%

Bermula daripada 1 Februari, setiap pendaftaran baru samada UA, MD mahupun MD2 akan mendapat baucar diskaun 50% untuk pembelian MaxLife.

Yuran untuk pendaftaran Kad Diskaun (MD2) ini hanya RM10 seumur hidup.. Satu pelaburan yg menguntungkan.

Apa kelebihan Pemegang Kad Diskaun (MD2)?

Banyak kelebihan bagi mereka yang memiliki Kad Diskaun (MD2) ni.. Secara jelasnya ada 3 kelebihan utama :

Diskaun Seumur Hidup. Semua MD2 layak untuk mendapatkan harga diskaun utk semua barangan Maxoil sampai bila2.. Harga diskaun ni boleh didapati di seluruh Pusat Pengedaran/Stokis di seluruh Malaysia.. Diskaun dalam 12%-15% bergantung pada produk.
Rebet Voucer 22% dr *pv. MD2 juga akan mendapat rebet vocer bagi setiap pembelian mereka.. Lagi banyak belian dibuat lagi banyak rebet yg akan diterima. Vocer yg diterima boleh ditebus semula ketika pembelian barangan Maxoil yg seterusnya.. Nilai voucher adalah seperti yang terdapat dalam flyers..
*pv =point value ; setiap barang ada point value masing2..

Setiap Belian RM1=1 point. Setiap RM1 barang yg kita beli akan dikira 1point. Dan point2 ni akan dikumpul sampai mati dan boleh ditukar dgn Maxoil PERCUMA. Point ni jugak blh diredem dgn barang2 lain spt barangan dapur, letrik dll. Dia macam ala2 Real Reward gtu..

Selain tu penggunaan Maxoil juga menjaga mampu menjaga prestasi dan jangka hayat kenderaan anda.. Memang dari tahun 1992 Maxoil terkenal dengan Kualiti dia.. Dan skarg nilah peluang untuk kita mendapatkan minyak yang berkualiti dengan harga diskaun..

RM 10 sahaja seumur hidup !!

Untuk dapatkan Kad Dikaun emel atau sms saya seperti berikut ;

Nama:
No IC:
No Tel:
Alamat:
Dan transfer RM10 ke akaun 02093020025132 (BIMB) ATAU 13020113532521(CIMB)
Daftar sekarang emel sini : www.mohdariftrg@yahoo.com.my
call/sms : 017-4596869(arif)

Tuesday, February 8, 2011

Top 10 kereta termahal di dunia tahun 2010

1. Koenigsegg Trevita 2010 price is $2.21 Millions



2. The Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport car is priced as $2 millions



3. Pagani Zonda Cinque Roadster 2010 price is $1.8 Millions



4. Lamborghini Reventón Roadster 2010 price is $1.56 Millions



5. Lamborghini Reventón 2010 price is $1.42 Millions



6. Maybach Landaulet 2010 price is $1.4 Millions



7. Koenigsegg CCXR 2010 price is $1.3 Millions



8. Koenigsegg CCX 2010 price is $1.1 Millions



9. Leblanc Mirabeau 2010 price is $765,000



10. SSC Ultimate Aero 2010 price is $740,000

Saturday, February 5, 2011

berhati-hati beli kereta elak ditipu - fomca


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila membeli kereta kerana banyak kes penipuan membabitkan jurujual syarikat pengedar kenderaan dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, orang ramai tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu oleh jurujual kereta sehinggalah kereta tempahan mereka tidak diterima pada masa yang ditetapkan.

"Banyak kes membabitkan penipuan penjualan kereta berlaku akibat kesilapan oleh pembeli sendiri seperti tidak menyiasat latar belakang syarikat pengedar kenderaan, berapa lama jurujual itu telah bekerja dengan syarikat berkenaan, adakah syarikat itu mempunyai rekod penipuan oleh jurujualnya dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam mengenai hasrat seorang pesara tentera, Anuar Ariffin, 45, untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian setelah wang deposit RM23,550 yang dibayar lesap didakwa dibawa lari seorang jurujual syarikat pengedar kenderaan pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Anuar, beliau membayar wang deposit itu dengan cara membuat pertukaran kereta Perodua Myvi miliknya dan menambah wang tunai RM2,616 bagi menggenapkan baki deposit sebanyak RM23,550 yang perlu dibayarnya.

Bagaimanapun, jurujual tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kereta barunya selepas tiga bulan menunggu malah pihak syarikat pengedar kenderaan juga memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti kerja dan tidak bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan jurujualnya.

Sehubungan itu, Muhammad Shaani menasihati orang ramai agar melakukan penyelidikan dahulu sebelum membeli kereta dengan tidak menumpukan terhadap satu kedai sahaja dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang mahir dalam urusan jual beli kereta.

Selain itu, beliau juga meminta pihak berkuasa seperti polis dan agensi penguat kuasa yang berkaitan agar memastikan kes-kes penipuan penjualan kereta itu tidak berulang kerana ia memberi bebanan kepada pengguna.

Sekiranya pembeli mempunyai wang yang mencukupi, mereka boleh melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes tersebut, tetapi kos guaman lazimnya tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, katanya.

Beliau berkata, Fomca mahu kerajaan bertindak tegas dalam menangani kes penipuan penjualan kereta kerana wujud individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang pantas. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Sunday, January 9, 2011

Maxoil Facebook Club t-Shirt




Maxoil Facebook Club t-Shirt..
Black Colour

Someone propose us to do this..
Kalu ramai yg sokong, kita buat baju ni..
Tapi kalu ramai yg x menyokong, xdapet la nk nolong..

Sila Like kalu anda setuju..
...Cukup 100 org like kita on this shirt..

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001725778483#!/album.php?aid=38653&id=178510638850138