sEumUR HidUP RM1o ShJ."JIMAT SAMPAI MATI"

Tuesday, February 8, 2011

Top 10 kereta termahal di dunia tahun 2010

1. Koenigsegg Trevita 2010 price is $2.21 Millions



2. The Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport car is priced as $2 millions



3. Pagani Zonda Cinque Roadster 2010 price is $1.8 Millions



4. Lamborghini Reventón Roadster 2010 price is $1.56 Millions



5. Lamborghini Reventón 2010 price is $1.42 Millions



6. Maybach Landaulet 2010 price is $1.4 Millions



7. Koenigsegg CCXR 2010 price is $1.3 Millions



8. Koenigsegg CCX 2010 price is $1.1 Millions



9. Leblanc Mirabeau 2010 price is $765,000



10. SSC Ultimate Aero 2010 price is $740,000

Saturday, February 5, 2011

berhati-hati beli kereta elak ditipu - fomca


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila membeli kereta kerana banyak kes penipuan membabitkan jurujual syarikat pengedar kenderaan dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, orang ramai tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu oleh jurujual kereta sehinggalah kereta tempahan mereka tidak diterima pada masa yang ditetapkan.

"Banyak kes membabitkan penipuan penjualan kereta berlaku akibat kesilapan oleh pembeli sendiri seperti tidak menyiasat latar belakang syarikat pengedar kenderaan, berapa lama jurujual itu telah bekerja dengan syarikat berkenaan, adakah syarikat itu mempunyai rekod penipuan oleh jurujualnya dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam mengenai hasrat seorang pesara tentera, Anuar Ariffin, 45, untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian setelah wang deposit RM23,550 yang dibayar lesap didakwa dibawa lari seorang jurujual syarikat pengedar kenderaan pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Anuar, beliau membayar wang deposit itu dengan cara membuat pertukaran kereta Perodua Myvi miliknya dan menambah wang tunai RM2,616 bagi menggenapkan baki deposit sebanyak RM23,550 yang perlu dibayarnya.

Bagaimanapun, jurujual tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kereta barunya selepas tiga bulan menunggu malah pihak syarikat pengedar kenderaan juga memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti kerja dan tidak bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan jurujualnya.

Sehubungan itu, Muhammad Shaani menasihati orang ramai agar melakukan penyelidikan dahulu sebelum membeli kereta dengan tidak menumpukan terhadap satu kedai sahaja dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang mahir dalam urusan jual beli kereta.

Selain itu, beliau juga meminta pihak berkuasa seperti polis dan agensi penguat kuasa yang berkaitan agar memastikan kes-kes penipuan penjualan kereta itu tidak berulang kerana ia memberi bebanan kepada pengguna.

Sekiranya pembeli mempunyai wang yang mencukupi, mereka boleh melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes tersebut, tetapi kos guaman lazimnya tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, katanya.

Beliau berkata, Fomca mahu kerajaan bertindak tegas dalam menangani kes penipuan penjualan kereta kerana wujud individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang pantas. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Sunday, January 9, 2011

Maxoil Facebook Club t-Shirt




Maxoil Facebook Club t-Shirt..
Black Colour

Someone propose us to do this..
Kalu ramai yg sokong, kita buat baju ni..
Tapi kalu ramai yg x menyokong, xdapet la nk nolong..

Sila Like kalu anda setuju..
...Cukup 100 org like kita on this shirt..

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001725778483#!/album.php?aid=38653&id=178510638850138

Sunday, December 26, 2010

BuNgE2 cInTe TAHUN 20II



Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,kini tahun baru tlah menyambut kita,saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kesuksesan, kita buka lembarn kisah baru dengan semangat dan keceriaan

Selamat tahun baru 2011 buat semua dr maxoil.